Oleh Yusrin Junaidi
BANDAR SERI BEGAWAN, 1 JULAI – Pasukan Spartan Diva telah menerima tajaan berupa baju, bip dan pas badan dari pihak Lembaga Pengarah HiTune Group of Companies di majlis penyerahan yang berlangsung di Ibu Pejabat HiTune Group of Companies di Kampong Mata-Mata, Gadong.
Penyerahan tajaan tersebut telah disempurnakan oleh Pengarah HiTune Group of Companies, Dayang Hernah Nur Imani binti Mohamad Jeffrey dan Ketua Pegawai Eksekutif, Dayang Afdah Binti Haji Mahadi kepada Pengurus Pasukan Netball Spartan Diva, Dayang Adibah Zafirah binti Awang Jafar.

Dayang Hernah Nur Imani, Dayang Afdah, Dayang Adibah Zafirah dan pasukan Spartan Diva bergambar ramai semasa majlis berkenaan.

