Pasukan Sungai Mau muncul juara

Oleh Daniel Lim

BELAIT, 18 DIS – Pasukan Sepak Takraw Sungai Mau muncul sebagai juara dalam Kejohanan Skuad Sepak Takraw Daerah Belait yang telah berlangsung di Dewan Serbaguna, Kompleks Sukan Mumong, Kuala Belait.

Hadir menyaksikan peringkat akhir kejohanan berkenaan selaku tetamu kehormat ialah Ketua Jabatan Belia dan Sukan (JBS) cawangan Daerah Belait, Awang Mohd Shah Johan bin Haji Shari yang menyempurnakan penyampaian hadiah kepada para pemenang. Tetamu kehormat dialu-alukan oleh Timbalan Pengerusi II, Haji Norali bin Ahmed Juni yang juga merupakan pengerusi kejohanan tersebut.

Sebanyak 25 pasukan dari seluruh Daerah Belait bersaing dalam kejohanan tersebut dengan perlawanan pertama bermula pada 8 Disember.

Antara pasukan yang menyertai kejohanan berkenaan termasuk Sepak Takraw Kuala Belait (STKB) A, STKB-B, Sepak Takraw Labi 1 (STLB1) G, Rampayoh, STLB1-C, STKB-E, STLB1-A, Merangking-A, Merang-king-B, dan STLB1-E dalam kumpulan pertama, sementara itu, Daerah Polis Belait, STLB1-B, Wawasan Belait-B, Labi-2, Warisan Belait-A, ASG 2002, STKB-
D, STLB1-F, Merangking-C, STLB1-F, DPB, STLB1-B, STLB1-D, Warisan Belait-B dan Warisan Belait-A dalam kumpulan kedua.

Pada peringkat akhir, Pasukan Sungai Mahu menentang STKB-A yang bersaing dalam perlawanan tiga set.

Dengan STKB-A menduduki tempat kedua, STKB-D dan STLB1-C berkongsi tempat ketiga.
Dianjurkan oleh JBS cawangan Daerah Belait dengan kerjasama Persatuan Sepak Takraw Daerah Belait, kejohanan tersebut bukan sahaja bertujuan untuk mengembangkan bakat-bakat dan minat terhadap sukan berkenaan, malah mencari mereka yang berpotensi untuk bersaing dalam pentas kebangsaan dan antarabangsa.

Tetamu kehormat menyampaikan hadiah kepada Pasukan Sungai Mau yang muncul sebagai juara.