Saturday, May 10, 2025
31 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pasukan terakhir AS keluar dari Afghanistan

    WASHINGTON, 31 OGOS – Amerika Syarikat (AS) telah menyelesaikan pengundurannya dari Afghanistan, menamatkan perang AS paling lama dan menamatkan lebaran sejarah ketenteraan yang akan dikenang sebagai kegagalan besar, janji-janji yang tidak dipenuhi dan pengakhiran yang huru hara yang mengakibatkan lebih daripada 180 orang warga Afghanistan dan 13 anggota tentera AS terkorban.

    Beberapa jam sebelum tarikh akhir Presiden Joe Biden menghentikan penerbangan terakhirnya hari ini dan juga menamatkan perang AS, pesawat pengangkutan Angkatan Udara AS membawa pasukan yang masih berada di lapangan terbang Kabul semalam.

    Ribuan tentera telah mengharungi dua minggu yang mengerikan untuk melindungi penerbangan udara dengan puluhan ribu warga Afghanistan, AS dan negara-negara lain yang berusaha melarikan diri dari sebuah negara yang sekali lagi dikuasai oleh Taliban.

    Semasa mengumumkan menamatkan usaha pemindahan dan peperangan, Jeneral Frank McKenzie, ketua Komando Pusat AS, berkata pesawat terakhir berlepas dari lapangan terbang Kabul pada jam 3:29 hari ini. Waktu Washington, atau satu minit sebelum tengah malam di Kabul. Dia mengatakan beberapa warga AS, yang mungkin berjumlah ratusan orang ditinggalkan dan bahawa dia yakin mereka masih dapat meninggalkan negara itu.

    Setiausaha Negara, Antony Blinken memberitahu jumlah warga AS yang tinggal di bawah 200 orang, ‘kemungkinan hampir 100 orang’ dan mengatakan bahawa Jabatan Negara akan terus berusaha untuk mengeluarkan mereka. Dia memuji pemindahan pimpinan tentera sebagai wira dan mengatakan kehadiran diplomatik AS akan beralih ke Doha, Qatar.

    Jake Sullivan, penasihat keselamatan kebangsaan Biden, berkata hari ini bahawa misi untuk mengeluarkan warga AS dari Afghanistan terus berlanjutan.

    “Baharu saja beralih dari misi ketenteraan ke misi diplomatik,” kata Sullivan di ABC.

    Lapangan terbang itu telah menjadi kawasan yang dikuasai AS, kedudukan terakhir dalam perang 20 tahun yang meragut lebih dari 2,400 nyawa warga AS. Insiden pengeboman berani mati pada 26 Ogos lalu telah mengorbankan 13 orang tentera AS dan sekitar 169 warga Afghanistan.

    Lebih ramai lagi yang telah terkorban semasa pemindahan tersebut di lapangan terbang. – AP

    Gambar dari Jabatan Pertahanan AS menunjukkan Tentera Udara AS C-17 di Lapangan Terbang Antarabangsa Hamid Karzai di Kabul, Afghanistan kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda