Oleh Yusrin Junaidi
Bandar Seri Begawan, 26 Feb – Pasukan Trigger muncul juara dalam Female Netball Mini Tournament yang berlangsung di Taman RPN Meragang hari ini.
Manakala naib johan bagi kejohanan berkenaan disandang oleh Pasukan Galaxy Netters dan tempat ketiga pula disandang oleh Pasukan Smize Lady Brave, manakala anugerah Pasukan Terbaik kejohanan telah dimenangi oleh Royal Diamond.
Menurut Rosidi Karin selaku penganjur kejohanan tersebut, mengucapkan ribuan terima kasih kepada pasukan-pasukan yang menyertai Female Netball Mini Tournament. Kejohanan itu telah disertai oleh empat buah pesukan bola jaring iaitu Pasukan Smize Lady Brave, Galaxy netters, Triggers dan Royal Diamond.
“Tujuan saya mengadakan Female Netball Mini Tournament ini adalah untuk mengeratkan silaturahim antara penduduk Kampung Meragang dan pasukan-pasukan yang lain. Dan menaikkan nama sukan ini serta menjadikannya aktiviti bermanfaat untuk mengisi masa lapang para belia,” ujar beliau.