Sunday, February 23, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pasukan UBD bangga sertai perbarisan HK-41

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 FEB – Cuaca yang panas tidak pernah melunturkan dan melemahkan semangat patriotisme setiap peserta yang sama-sama hadir dan menjayakan Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-41 pagi tadi.

    Menurut Dayang Nur Farazida Abdullah, Pengiring Pasukan Perbarisan lalu Universiti Brunei Darussalam (UBD), “Kita bersyukur kerana dapat meraikan Sambutan Hari Kebangsaan ke-41 melalui perhimpunan agung dilaksanakan dengan keramaian kira-kira 20,000 peserta yang menyertai acara perbarisan dan juga persembahan.”

    Sesungguhnya bukan mudah kerana cuaca hujan dan panas telah menguji semangat kita semua untuk menjayakan sambutan Hari Kebangsaan ke-41 dengan tema, Bersatu Mencapai Cita Negara,” tambahnya.

    Dayang Nur Farazida Abdullah semasa menghadiri sambutan berkenaan.

    Beliau turut menyatakan bahawa Pasukan Universiti Brunei Darussalam mengucapkan syabas dan tahniah serta amat menghargai segala usaha dan dedikasi yang ditunjukkan oleh semua yang terlibat dalam menjayakan sambutan penuh bersejarah berkenaan.

    Semangat serta ketekunan setiap peserta yang ditonjolkan dalam acara sambutan menunjukkan bahawa segenap lapisan rakyat dan masyarakat Brunei bersedia untuk mendukung tema sambutan berkenaan, menurutnya lagi.

    Gambar ramai Pasukan Perbarisan UBD.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda