Friday, September 20, 2024
29.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pasukan veteran bola keranjang negara menang gangsa

    Oleh Fadhil Yunus

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 APRIL – Pasukan veteran bola keranjang Negara Brunei Darussalam meraih gangsa dalam Kejohanan Bola Keranjang Veteran Antarabangsa Bandar Borneo ke-21 di Labuan, hari ini.

    Pasukan veteran negara menamatkan kempen dengan tewas 58-46 ke atas pasukan dari Kota Kinabalu.

    Terdahulu mereka menang 73-65 menentang pasukan Miri dan tewas dalam perlawanan pembukaan 64-55 kepada Labuan.

    Pasukan Kota Kinabalu merangkul emas sementara Labuan memenangi perak.

    Sementara itu, pasukan bola keranjang lelaki dan wanita menamatkan saingan di tangga keempat dalam kategori masing-masing.

    Pasukan lelaki hampir menamatkan saingan dengan menaiki podium selepas perlawanan sengit yang berkesudahan 58-63 memihak kepada pasukan Kota Kinabalu.

    Empat buah pasukan bersaing dalam setiap kategori.

    Saingan yang diadakan selama tiga hari yang dianjurkan oleh Persatuan Bola Keranjang Labuan telah berakhir hari ini.

    Pasukan veteran bola keranjang Negara Brunei Darussalam menerima pingat gangsa semasa menyertai Kejohanan Bola Keranjang Veteran Antarabangsa Bandar Borneo ke-21 di Labuan, kelmarin. – Gambar serahan Persatuan Bola Keranjang Labuan
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda