Oleh Sim Y. H.
BANDAR SERI BEGAWAN, 22 OKT – Pasukan Fustal Veteran Kementerian Pendidikan (MOE) mengesahkan tempat ke suku akhir dalam Kategori Veteran Kumpulan B pada Kejohanan Futsal antara Kementerian-kementerian sempena Hari Perkhidmatan Awam (HPA) ke-32 yang berlangsung di Dewan Tertutup, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, kelmarin.
Pasukan MOE berjaya mengutip lapan mata selepas memenangi dua perlawanan dan dua kali seri sementara pasukan Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan (MCYS) dengan kutipan enam mata menduduki tempat kedua untuk menempah satu slot ke suku akhir.
Sementara itu, dua kumpulan lagi mara ke suku akhir iaitu Kementerian Kesihatan (MOH) dan Kementerian Pembangunan (MOD) untuk mengiringi Kumpulan B mara ke suku akhir.
Terdahulu, empat pasukan dalam Kumpulan A lebih awal menanti persaingan di suku akhir termasuk pasukan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (MOHA), Jabatan Perdana Menteri (PMO), Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC) dan pasukan Kementerain Hal Ehwal Ugama (MORA).
Persaingan suku akhir dan separuh akhir bagi kategori terbuka dan veteran akan diadakan pada 25 Oktober nanti.
Semua di atas: Antara aksi menarik dalam kejohanan futsal tersebut. – Gambar-gambar serahan Urus setia Kejohanan Futsal HPA Ke-32
