Friday, May 9, 2025
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pasukan Yi’s Nation V2 kekal tanpa kalah

    Oleh Fadhil Yunus

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 APRIL – Pasukan Yi’s Nation V2 mengekalkan rekod tanpa kalah mereka dalam kejohanan Liga Bola Keranjang Kebangsaan 5.11 selepas meraih kemenangan 86-69 ke atas Pasukan 409 di Gelanggang Persatuan Bola Keranjang Brunei (BBA) di Batu Bersurat hari ini.

    Pasukan Yi Nation V2 mengejar kejuaraan telah mencatatkan kemenangan keenam berturut-turut dalam kejohanan itu dengan berbaki dua perlawanan iaitu menentang Pasukan Easyway Basketball dan Pasukan Yi’s Nation.

    Walaupun kedudukan berbeza di liga, Pasukan 409 mempamerkan aksi baik dengan hantaran bola mereka sebelum mengakhiri dengan jaringan dua mata.

    Pasukan Yi’s Nation telah berjaya menjarakkan kedudukan besar ketika Marcus Lim berjaya mendahului perlawanan 8-7 setelah mendapat hantaran daripada Termizi Noorden.

    Suku pertama perlawanan berakhir 16-16 setelah pemain Pasukan 409 bawah 23 tahun, Ten Ming Song menjaringkan tiga mata pada saat terakhir.

    Antara aksi pemain semasa perlawanan di antara Pasukan Yi’s Nation V2 danPasukan 409 di kejohanan Liga Bola Keranjang Kebangsaan 5.11 semalam.

    Pasukan 409 menguasai pada awal suku kedua perlawanan ketika pemain bawah 23 tahun mereka Joseph Newn membantu beberapa assist.

    Dengan Pasukan 409 mendahului, Pasukan Yi’s Nation mengejar perlawanan ketika Marcus Lim membantu pasukan dengan hantaran dari rakan sepasukan sementara Termizi Noorden menjaringkan dua mata untuk mengurangkan jurang.

    Tetapi, Pasukan 409 meneruskan ketajaman mereka dan mendahului perlawanan dengan jarak enam mata menerusi jaringan daripada Darren Shim Yung Chong termasuk jaringan tiga mata.

    Pasukan 409 terus menjauhkan kedudukan dengan 11 mata pada suku ketiga perlawanan berikutan gabungan pertahanan yang mantap dan lontaran serangan baik mereka.

    Bagaimanapun, Pasukan Yi’s Nation bangkit dan mendahului 30-6 pada suku ketiga perlawanan untuk mengatasi defisit, hanya jarak sembilan mata pada suku akhir perlawanan dan menambah 23 mata lagi.

    Perlawanan diteruskan lagi dengan Pasukan BBA menentang Tutong Basketball dan pertandingan wanita antara Pasukan Shooting Star dan Tutong Basketball.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda