Tuesday, May 13, 2025
25 C
Brunei

    Berita Terkini

    PATI jadikan bandar pusat barang tiruan

    LABUAN, 31 Julai – Pendatang tanpa izin yang menjadi usahawan dalam sekelip mata menjadikan bandar di negara ini pusat jualan bagi pelbagai  barang tiruan, kata Jabatan Imigresen.

    Ketua pengarahnya, Datuk Seri Mustafar Ali, berkata perkara itu perlu ditangani dengan berkesan kerana penjualan barang tiruan secara terbuka memalukan dan memberi imej buruk kepada negara ini.

    Pendatang yang menggunakan premis tempat mereka menjalankan perniagaan berkenaan juga didapati tidak mematuhi undang-undang kecil majlis tempatan daripada aspek kebersihan, jenis perniagaan dan pengubahsuaian yang dilakukan.

    “Baru-baru ini saya menyertai datuk bandar Kuala Lumpur untuk melakukan pemeriksaan terhadap premis perniagaan dan kami dapati ada premis diubah suai secara haram untuk menjalankan pelbagai jenis perniagaan, termasuk sebuah bilik kecil yang dilengkapi katil kecil bagi tujuan pelacuran,” katanya.

    Mustafar berkata operasi perlu dipertingkatkan bersama-sama majlis tempatan bagi membasmi aktiviti haram itu kerana ia menjadi penyakit masyarakat.

    Beliau juga menyentuh tentang kawasan kediaman pekerja asing di mana penghuninya tidak mengamalkan sistem sanitasi sewajarnya dengan sistem perparitan yang tidak teratur dan tidak mematuhi peraturan berkaitan tapak pembuangan sampah. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda