Monday, March 3, 2025
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Patriotisme murid SR YSHHB terserlah

    Oleh Nurdiyanah R. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 2 MAC – Dalam menyemai semangat patriotik dalam diri setiap warga sekolah sebagai usaha memartabatkan agama, bangsa dan negara, Sekolah Rendah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (SR YSHHB) telah mengadakan Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-41 Tahun (HK-41), baru-baru ini.

    Acara yang diadakan di Dewan dan Gelanggang Sukan SR YSHHB itu telah disertai oleh seramai 1,200 murid menyertai acara berkenaan secara keseluruhannya dengan sama-sama membentuk angka ‘41’ sebagai salah satu kemuncak acara.

    Antara pengisian acara berkenaan ialah nyanyian lagu kebangsaan dan sekolah; nyanyian tiga buah lagu patriotik beramai-ramai sambil mengibarkan bendera kecil; dan perbarisan lalu.

    Manakala ikrar Hari Kebangsaan pada acara berkenaan telah diketuai oleh murid Tahun 6 SR YSHHB, Awang Mohd Harraz bin Mohd Kashful Azeem. Pada tahun ini, tema pakaian sambutan di sekolah tersebut ialah baju berlatarbelakangkan warna bendera Negara Brunei Darussalam.

    Awang Mohd Harraz mengetuai bacaan ikrar pada acara berkenaan. – GAMBAR SERAHAN SR YSHHB
    Seramai 1,200 murid menyertai acara berkenaan secara keseluruhannya dengan sama-sama membentuk angka ‘41’ sebagai salah satu kemuncak acara. – GAMBAR SERAHAN SR YSHHB
    GAMBAR SERAHAN SR YSHHB
    GAMBAR SERAHAN SR YSHHB
    GAMBAR SERAHAN SR YSHHB

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda