Oleh Sim Y. H. BANDAR SERI BEGAWAN, 28 JULAI – Orang ramai khususnya pengguna Jambatan Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien (SHOAS) disarankan untuk sentiasa berhati-hati serta mematuhi had laju yang dibenarkan semasa kerja-kerja pemeriksaan kabel 66kV di jambatan berkenaan yang dijalankan pada 29 Julai hingga 31 Ogos dari pukul 7 pagi hingga pukul 5:30 petang.

