Sunday, May 11, 2025
25.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Patuhi penjarakan sosial semasa bersukan

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 SEPT – Selepas hampir dua bulan Negara Brunei Darussalam masih bergelut membendung penularan wabak COVID-19 dengan kerajaan mengarahkan semua penduduk untuk terus teranah di rumah.

    Namun, orang ramai juga perlu mengekalkan tahap kesihatan yang optimum dengan membuat aktiviti fizikal sepertimana yang telah dinasihatkan oleh Kementerian Kesihatan.

    Antara aktiviti sukan yang masih dibenarkan oleh Kementerian Kesihatan ialah mendaki bukit dan berlari secara individu dan bukan secara berkumpulan dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi mengelakkan diri daripada terdedah daripada jangkitan COVID-19.

    Menurut Awang Radduandy semasa dihubungi Media Permata berkata, “Sudah tentu badan yang aktif akan mempunyai sistem imunisasi lebih baik. Sangat penting untuk kekal aktif tetapi kita perlu sentiasa menjaga kebersihan seperti kerap mencuci tangan, memakai pelitup muka (jika perlu) serta mempraktikkan penjarakan sosial dan mengelakkan daripada berada di tempat yang ramai orang.

    “Seperti semasa mengadakan aktiviti berlari atau mendaki bukit, perlu sentiasa jaga jarak dan pastikan tidak berlari terlalu rapat di belakang orang lain, selain itu meminimumkan waktu riadah di luar dan terus pulang ke rumah selepas selesai serta membersihkan badan,” ujar Awang Radduandy.

    Awang Radduandy bersama mengingatkan kepada penggemar sukan mendaki bukit sentiasa mematuhi SOP yang diarahkan oleh Kementerian Kesihatan.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda