Secara lazimnya kita mengetahui peraturan-peraturan yang disyorkan pihak stesen minyak untuk mematikan enjin kereta, tidak merokok semasa berada di stesen minyak dan mematikan telefon bimbit atau gajet elektrik. Namun sesetengah pemandu di negara ini kurang mengambil berat tentang peraturan-peraturan tersebut, menganggapnya seperti angin sahaja dan tidak menimbulkan bahaya. Terdapat satu rancangan televisyen menyatakan semua peraturan itu sesuatu yang dibuat-buat saja dan tidak akan mengakibatkan kemalangan atau kebakaran. Namun pemandu di negara ini perlu ingat, apa yang dilihat itu adalah senario di luar negara dan setentunya iklimnya juga berbeza di negara kita yang panas.
Justeru tidak mustahil jika tidak mematuhi peraturan-peraturan yang disyorkan boleh saja mengundang kemalangan semasa berada di stesen minyak. Sebagaimana baru-baru ini saya membeli minyak, beberapa pemandu secara terang-terangan melanggar peraturan, ada yang bertelefon, ada yang tidak mematikan enjin kereta mereka dan lebih teruk lagi ada yang merokok. Kenapa terlalu berat mematuhi peraturan yang ditetapkan, ia adalah demi keselamatan bersama, jika berlakunya sebarang kemalangan adakah mereka mahu bertanggungjawab? Ini bila ditegur oleh pekerja stesen minyak, pemandu pula yang marah dan memaki. Mereka menjalankan tugas mereka demi memastikan keselamatan.
Janganlah menunggu perkara terjadi barulah hendak mahu mengelak.
Beringat-ingat