Oleh Salawati Haji Yahya
BANDAR SERI BEGAWAN, 30 JUN – Dengan mengambil langkah-langkah bagi membendung penularan wabak COVID-19, protokol-protokol keselamatan dan prosedur operasi standard (SOP) perlu dipatuhi sempena memperingati dan meraikan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-75 pada tahun ini.
Susunan sambutan perayaan dalam normal baharu dan mematuhi garis panduan Kementerian Kesihatan itu ditekankan oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong selaku pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan Sambutan Perayaan Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-75 bagi Tahun 2021 pada sidang media yang berlangsung di bangunan KHEDN di ibu negara hari ini.
Beliau seterusnya menyenaraikan pelbagai upacara bagi menyemarakkan lagi sambutan itu antaranya upacara pengibaran Bendera Besar Negara Brunei Darussalam akan pada 1 Julai 2021 di Kawasan Lapang, Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (Yayasan), Bandar Seri Begawan, sembahyang fardu Maghrib dan Isyak berjemaah, membaca Surah Yasin, Tahlil dan Doa Kesyukuran pada 14 Julai 2021 di semua masjid-masjid, surau-surau dan balai-balai ibadat seluruh negara dengan tumpuan utama di Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah, Kampung Kiarong.
Beliau seterusnya menyenaraikan pelbagai upacara bagi menyemarakkan lagi sambutan itu antaranya upacara pengibaran Bendera Besar Negara Brunei Darussalam akan pada 1 Julai 2021 di Kawasan Lapang, Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (Yayasan), Bandar Seri Begawan, sembahyang fardu Maghrib dan Isyak berjemaah, membaca Surah Yaasin, Tahlil dan Doa Kesyukuran pada 14 Julai 2021 di semua masjid-masjid, surau-surau dan balai-balai ibadat seluruh negara dengan tumpuan utama di Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah, Kampung Kiarong.
Manakala pada 15 Julai, istiadat gilang-gemilang Perbarisan Kehormatan diadakan di Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan bermula pukul 7:20 pagi.

“Manakala Istiadat mengadap dan mengurniakan bintang-bintang kebesaran Negara Brunei Darussalam akan diadakan di Istana Nurul Iman, sebaik saja Istiadat Perbarisan Kehormatan selesai,” jelas Yang Berhormat Pehin. Selain itu, majlis ramah mesra bersama rakyat dan penduduk juga akan diadakan di daerah-daerah yang bermula di Daerah Tutong pada 25 Julai, diteruskan di Padang Kompleks Dewan Kemasyarakatan, Pekan Bangar, Daerah Temburong pada 27 Julai.
Manakala Daerah Brunei dan Muara akan diadakan di Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien di ibu negara pada 1 Ogos seterusnya di Padang Bandaran, Kuala Belait akan diadakan pada 3 Ogos.
Yang Berhormat Pehin semasa sidang media turut menasihatkan jemputan yang hadir semasa majlis ramah mesra bersama rakyat dan penduduk untuk mematuhi garis panduan Kementerian Kesihatan yang berkaitan dalam langkah-langkah bagi membendung penularan wabak COVID-19, protokol-protokol keselamatan dan SOP bagi Majlis Ramah Mesra Bersama Rakyat Dan Penduduk. Upacara penurunan bendera Besar Negara Brunei Darussalam akan diadakan pada 31 Julai pada pukul dua petang di Kawasan Lapang Kompleks Yayasan di ibu negara.
Yang Berhormat Pehin turut mengongsi acara sampingan seperti acara keraian malam dan gerai perayaan di ke empat-empat daerah akan bermula pada 15 Julai hingga 3 Ogos yang mana waktu beroperasi pada jam 5 petang hingga 10:30 malam.