Wednesday, February 5, 2025
25.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Patuhi SOP semasa upacara perkumpulan

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 MAC – Dalam menghadiri mana-mana upacara perkumpulan atau keramaian, membuat ujian pantas antigen (ART) merupakan satu amalan yang sangat digalakkan sebagai rasa tanggungjawab bersama.

    Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar berkata sedemikian semasa memberi respons kepada persoalan mengenai hari tradisi bagi masyarakat Cina yang akan diadakan pada Ahad ini, dalam sidang media di Kementerian Kesihatan, hari ini.

    Yang Berhormat Dato menyarankan mereka yang berziarah ke perkuburan supaya sentiasa mematuhi garis panduan prosedur operasi standard (SOP) dan sentiasa memakai pelitup muka serta membuat penjarakan sosial.

    Selain itu, beliau menasihatkan ahli keluarga yang membuat ziarah supaya dapat mengehadkan jumlah keluarga yang hadir dan tidak bertembung dengan keluarga yang lain bagi mengelakkan petambahan kluster disebabkan oleh upacara berkenaan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda