Saturday, May 10, 2025
31.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Patuhlah arahan kerajaan

    Bagi mengurangkan risiko penularan wabak, rakyat dan penduduk di negara ini digesa untuk tetap berada di rumah masing-masing kecuali adanya keperluan seperti membeli barang keperluan.

    Oleh itu, bagi mereka yang hendak membeli barangan keperluan ini hanya dua orang bagi setiap keluarga dibenarkan keluar rumah. Walau bagaimanapun, baru-baru ini ketika saya mengunjungi salah sebuah kedai di kampung, mendapati ada sesetengah orang melanggar arahan kerajaan.

    Salah seorang pelanggan di kedai tersebut membawa anak kecilnya berumur sekitar 2 hingga 4 tahun. Setahu saya warga emas dan kanak-kanak adalah ditegah untuk berada di luar rumah kerana mereka antara golongan berisiko.

    Kenapa perlu ingkar arahan kerajaan, sedangkan apa yang diarahkan tersebut demi keselamatan kita semua. Tidak sukar sebenarnya untuk melakukannya, apa yang penting kita patuh mengikutnya. Tiada tempat untuk meninggalkan anak? Itu tetap bukan sesuatu yang dapat dijadikan alasan kerana arahan perlu tetap dipatuhi.

    Geram

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda