SARDAR SAROVAR DAM, India, 31 Okt – India hari ini telah merasmikan patung terbesar dunia disusuli dengan bunga api serta kawalan ketat di tengah-tengah bantahan oleh kumpulan setempat mengenai pembinaan patung gergasi itu.
Para aktivis berkata, berpuluh-puluh pemimpin mereka telah ditahan menjelang perasmian patung berukuran 182 meter bagi memberi penghormatan kepada hero kemerdekaan India, Sardar Vallabhbhai Patel dengan jet-jet tentera udara dan helikopter akan menghujani bunga-bunga di atas patung itu semasa terbang lintas hormat.
“Hari ini merupakan hari yang bersejarah di India yang akan sentiasa diingati,” kata Modi yang menyanjungi ‘pemikiran strategik’ Sardar Patel dalam membawa penyatuan negara selepas kemerdekaan pada 1947 dan Statue of Unity merupakan simbol keberanian dari segi kejuruteraan dan teknikal.”
Tetapi sekitar kawasan patung itu, lebih 5,000 anggota polis telah dikerahkan bagi mengawal kawasan itu di mana kerja-kerja pembinaannya memakan masa hampir empat tahun.
Pemimpin komuniti di Narmada, daerah Gujarat, Anand Mazgaonkar di mana patung itu dibina empat tahun lalu, berkata anggota polis yang tidak beruniform menahan 12 orang lewat kelmarin dan dibawa ke ibu pejabat polis setempat.
Pihak polis menafikan mengenai penangkapan tersebut. Tetapi pihak berkuasa tidak akan teragak-agak jika kumpulan-kumpulan komuniti mengadakan bantahan untuk menuntut pampasan bagi tanah yang dibina di atasnya Statue of Unity yang telah menelan belanja AS$400 juta.
“Rondaan pihak polis terus dipertingkatkan ekoran bantahan oleh pemimpin dan masyarakat setempat. Dron dan helikopter akan meninjau kawasan tersebut,” beritahunya kepada para wartawan.
“Poster Modi bersama ketua menteri Gujarat, Vijay Rupani telah dirosakkan hujung minggu lalu. Seramai 22 ketua kampung di sekitar patung itu telah menandatangani surat terbuka bagi menyeru Modi untuk menjauhi daripada perasmian itu. – AFP
