PALMA, SEPANYOL, 25 OKT – Pemain golf profesional dari Jerman, Yannik Paul membuat pukulan birdie dalam kawasan green untuk mendapatkan kemenangan di Terbuka Mallorca seterusnya meraih gelaran Jelajah Eropah yang pertama untuknya, baru-baru ini.
Pemain ranking dunia ke-190 itu memulakan hari terakhir kejohanan dengan kedudukan terikat dengan pemain dari New Zealand, Ryan Fox.
Walaubagaimanapun, pukulan 15-kaki dari bahagian pinggiran pada pusingan ke-18 memberikan Paul satu-di atas-par 72 untuk jumlah 15-bawah yang cukup untuk mengelakkan playoff.
“Hari ini sangat sukar,” kata pemain berusia 28 tahun itu. “Mujur, tidak ramai pemain lain yang membuat banyak pukulan.” – AFP