JEDDAH, Arab Saudi, 31 Jan – ‘Paul McCartney’ Arab Saudi naik ke pentas Jeddah lewat kelmarin dalam konsert luar biasa di sebuah kerajaan yang merancang untuk meningkatkan bidang hiburannya meskipun mendapat amaran keagamaan mengenai ‘kehinaan’.
Persembahan daripada Mohammed Abdu, seorang penyanyi popular di seluruh dunia Arab, adalah konsert besar pertama dalam masa tujuh tahun di Jeddah, bandar kedua kerajaan itu, menurut Arab News.
Kira-kira 8,000 penggemar dan peminatnya terutamanya lelaki muda telah memenuhi ruang kompleks sukan tertutup bagi mendengarkan nyanyian patriotik dan romantik Abdu, kata jurugambar AFP.
Dia telah dibantu oleh orkestra Mesir dan membuat persembahan bersama artis Saudi lain, Rabeh Sager, seorang penyanyi Iraq-Saudi, Majid al-Muhandis.
Abdu dikatakan membuat persembahan nyanyian di Riyadh September lepas namun rancangan itu telah dibatalkan tanpa penjelasan. Ia mungkin telah menjadi konsert pertama langsung diadakan di bandar itu dalam masa 24 tahun, kata media tempatan.
Kerajaan Islam itu telah menegah alkohol, wayang awam dan teater, dan biasanya memisahkan kaum lelaki dan wanita di tempat awam.
Namun sebagai sebahagian daripada usaha reformasi sosial dan ekonomi berleluasa bermula tahun lepas, penguatkuasaan hiburan baru telah membawa rancangan-rancangan luar, yang hanya disaksikan oleh penonton yang terhad.
Reformasi itu telah diketuai oleh Timbalan Putera Mahkota, Mohammed bin Salman, 31, yang berdepan dengan tentangan daripada ahli konservatif agama.
Ulama ulung Arab Saudi memberi amaran awal Januari mengenai ‘kehinaan’ yang ditimbulkan oleh konsert muzik dan pawagam, mengatakan ia akan merosakkan moral. – AFP