Sunday, July 13, 2025
32.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Paul Pogba tonton Omar & Hana?

    Animasi kelahiran anak Malaysia, Omar & Hana telah mengorak langkah yang lebih besar apabila dilihat menjadi pilihan tontonan keluarga salah seorang bintang bola sepak ternama di dunia, Paul Pogba.

    Bersesuaian dengan sambutan Hari Malaysia yang baru disambut, kini animasi anak Malaysia telah terbukti mampu bersaing di peringkat dunia dan membanggakan Malaysia apabila menjadi pilihan tontonan keluarga bintang Manchester United dan Perancis, Paul Pogba.

    Menerusi satu hantaran di Media Sosial bintang tersebut, Pogba jelas kelihatan sedang memegang alat kawalan jauh dan kelihatan gambar kartun Omar & Hana versi Bahasa Inggeris terpapar di kaca TV beliau.

    Omar & Hana merupakan animasi kartun berunsurkan Islamik yang dihasilkan oleh syarikat animasi Malaysia, Digital Durian. Digital Durian merupakan antara peneraju syarikat animasi dengan pengalaman lebih 10 tahun dalam menghasilkan isi kandungan berilmiah untuk tatapan anak-anak bersama ibu-bapa.

    Hantaran berkaitan kartun Omar & Hana oleh Pogba dengan jumlah pengikut melebihi 73 juta pengikut ini secara tidak langsung menaikkan lagi status kartun tersebut. Omar & Hana yang mempunyai peminat bukan sahaja di Malaysia bahkan di serata dunia baru-baru ini telah mencapai lima juta peminat di YouTube Malaysia dan hampir sejuta juta peminat di YouTube English. – Agensi

    Pemain bola sepak dunia, Paul Pogba kelihatan sedang memegang alat kawalan jauh dan kelihatan gambar kartun Omar & Hana versi Bahasa Inggeris terpapar di kaca TV beliau. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda