Tuesday, October 3, 2023
33.4 C
Brunei

    -

    Paul Smith tampil koleksi gaya ceria

    Oleh Zanyra Dawoud

     

    KECERIAAN jelas menjadi ciri utama yang ditekankan dalam inspirasi gaya pada koleksi pakaian terbaru keluaran Paul Smith.

    Beliau memilih unsur keceriaan pada gaya yang ditampilkan dalam koleksi terbaru ini adalah kerana mengambil kira bahawa perkara tersebut merupakan laluan utama kepada sifat optimis dalam kehidupan.

    Justeru, beliau telah menerapkan unsur keceriaan seperti pemandangan tropikal, lautan, corak bunga, ikan dan warna pelangi yang cukup mempesonakan pada motif pakaian yang ditampilkan dalam koleksi terbaru ini.

    Manakala potongan dan jahitan juga berbeza di mana potongan jaket adalah lebih panjang, memiliki bahu yang keras dan dipadankan bersama seluar skinny yang berwarna terang dan tali leher yang bercorak bagi kaum lelaki.

    Di samping itu, Smith juga turut menampilkan rekaan jaket dari warna yang terang seperti kuning dan hijau, bercorak bunga dan seluar berwarna fuchsia bagi memberikan satu penampilan yang agak berlainan.

    Sementara motif lautan seperti ikan dan terumbu karang yang diinspirasikan dari suasana pasar di Jepun pula menjadi pilihan kepada Smith pada koleksi pakaian yang ditampilkan khusus untuk kaum hawa.

    Malah beliau juga turut menghasilkan T-shirt, jaket bomber dan skirt samaada bercorak bunga atau polos yang boleh memberikan penampilan yang unik kepada individu yang menggayakannya.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    24 termasuk 12 anak damit maut dalam 24 jam di hospital

    NEW DELHI, 3 OKT - Sekurang-kurangnya 24 pesakit, separuh daripadanya anak damit baru lahir telah meninggal dunia dalam tempoh 24 jam lepas di sebuah...