Saturday, May 10, 2025
24.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Paulinho wira Evergrande

    KAWASAKI, 31 Mei – Bekas pemain tengah Tottenham Hotspur, Paulinho telah meraih satu gol penting apabila juara dua kali, Guangzhou Evergrande menang tipis ke atas Kashima Antlers menerusi jaringan di tempat lawan semalam untuk mara ke suku akhir Liga Juara-Juara AFC.

    Paulinho, penjaring dalam kemenangan 1-0 minggu lepas di Guangzhou, menjaringkan gol menerusi tolakan pada minit ke-55 dan ia sudah cukup bagi membawa pasukannya mara meskipun tewas 2-1.

    Keputusan itu kejam buat Kashima, yang mendahului perlawanan menerusi jaringan menarik Pedro Junior di separuh masa pertama dan sekali lagi menjaringkan gol kedua di masa kecederaan oleh Mu Kanazaki bagi menjadikan agregat 2-2.

    Tetapi ia adalah satu langkah besar bagi pasukan kendalian Luiz Felipe Scolari, yang telah menjulang gelaran Asia itu pada tahun 2013 dan 2015, tetapi tersingkir dalam peringkat kumpulan tahun lepas.

    Pedro Junior mempamerkan kemahiran dan kebolehannya untuk membuka jaringan pada minit ke-28, apabila dia mengetepikan dua cabaran dan melepaskan rembatan kencang ke menembusi gawang Evergrande.

    Pasukan tuan rumah kelihatan selesa tetapi Evergrande mendapatkan semula kelebihan mereka pada minit ke-55 apabila rembatan Alan terkena tiang dan melantun di depan gawang, memberikan Paulinho tugas mudah untuk menjadikan agregat 2-1. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda