Saturday, December 21, 2024
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    Paulo Dybala berehat sebulan

    ROME, 8 Jan – Juventus mungkin hilang khidmat Paulo Dybala selama sebulan, selepas penye-rang Argentina itu mengalami kecederaan paha ketika kelabnya menang 1-0 ke atas Cagliari dalam aksi Serie A, semalam.

    Situasi berkenaan menyaksikan Dybala mungkin tidak akan beraksi pada perlawanan Liga Juara-Juara bertemu kelab Inggeris, Tottenham Hotspur pada bulan depan.

    Juara Itali itu mendedahkan Dybala mengalami kecederaan ‘ringan pertengahan’ di paha kanannya dan berkata, tempoh masa yang diperlukan untuk pulih hanya diketahui dalam tempoh beberapa hari lagi.

    Akhbar Corriere dello Sport melaporkan, dia mungkin tersisih di antara 30 hingga 40 hari, manakala Gazzetta dello Sport berkata, Dybala berharap ia “tidak lebih daripada sebulan.”

    Juve menanti kunjungan Tottenham pada aksi pertama peringkat 16 terakhir Liga Juara-Juara di Stadium Allianz pada 13 Februari depan. – AFP

    Paulo Dybala melambai penyokongnya sebelum perlawanan bola sepak Itali Serie A antara Cagliari Calcio dan Juventus di stadion Sardegna di Cagliari pada 6 Januari 2018. Juventus mungkin hilang khidmat Paulo Dybala selama sebulan, selepas penyerang Argentina itu mengalami kecederaan paha ketika kelabnya menang 1-0 ke atas Cagliari dalam aksi Serie A, semalam. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda