Thursday, May 1, 2025
31.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pope Francis keluar hospital selepas pembedahan

    ROM, 14 JULAI – Pope Francis hari ini dibenarkan keluar hospital Rom di mana ketua paderi berusia 84 tahun itu menjalani pembedahan usus besar pada 4 Julai lalu, menurut jurugambar AFP.

    Pope meninggalkan Hospital Universiti Gemelli menuju Vatican menaiki sebuah kereta, menurut jurugambar tersebut.

    Francis dimasukkan ke hospital selepas menderita sakit sejenis divertikulitis iaitu rasa terbakar yang terbentuk dalam usus.

    Vatican terdahulu berkata bahawa beliau akan berada di hospital kira-kira seminggu.
    Pada Isnin, jurucakap Vatican, Matteo Bruni berkata beliau akan terus berada di sana ‘selama beberapa hari lagi’.

    Francis tinggal di ruang yang sama digunakan oleh Pope John Paul II.

    Pope dari Argentina itu mengalami demam pada minggu lalu tetapi imbasan dada dan abdomen serta ujian lain mendedahkan tiada sesuatu yang tidak normal. – AFP

    Paus Francis dilihat meninggalkan Hospital Universiti Gemelli selepas menjalani pembedahan usus pada 4 Julai lalu.- AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda