VATICAN, 28 FEB – Ketua paderi (Pope) mengutuk penculikan lebih 300 pelajar sekolah di Nigeria semalam sebagai ‘keji’.
“Saya bergabung dengan para uskup Nigeria dalam mengutuk penculikan 317 orang pelajar perempuan yang keji itu,” kata paus berikutan ucapan mingguannya kepada penganut Katolik di Dataran Saint Peter di Vatikan.
“Mari kita berdoa untuk para pelajar itu, agar mereka dapat pulang dengan cepat.”
Beberapa ratus pelajar masih hilang setelah diserbu oleh penyamun yang disyaki bersenjata di sebuah asrama sekolah pada Jumaat lalu di Zamfara, barat laut Nigeria. – AFP