Friday, November 8, 2024
27 C
Brunei

    Berita Terkini

    Paus kelasa berjaya dilepaskan daripada alat pancing di Sydney Harbour

    MELBOURNE, AUSTRALIA, 23 OGOS – Seekor anak ikan paus kelasa dibebaskan daripada peralatan memancing yang menjerat ekornya semasa operasi menyelamat hampir 24 jam di Sydney Harbour.

    Paus kecil itu serta-merta mula berenang ke arah Sydney Heads dan Lautan Pasifik terbuka selepas penyelamat hidupan liar kerajaan menanggalkan tali itu lewat pagi hari ini, kata pakar paus Universiti Macquarie, Vanessa Pirotta.

    Ikan paus yang tertekan itu pertama kali dilaporkan oleh pengendali kapal persiaran melihat ikan paus di pelabuhan pada pukul 1 tengah hari kelmarin.

    Percubaan menyelamat melibatkan bot-bot, helikopter dan dron bermula petang kelmarin dan disambung semula awal pagi hari ini.

    Pirotta berkata ikan paus itu mungkin terbelit jauh lebih awal. Dia dapat tahu melalui bunyi nafas ikan paus itu bahawa ia ‘sangat letih’ sebelum dibebaskan.

    “Adakah ikan paus itu OK? Saya harap begitulah, saya tidak tahu. Realitinya ialah haiwan ini telah melalui ujian yang besar,” kata Pirotta kepada Australian Broadcasting Corp. – AP

    Pekerja menyelamat hidupan liar cuba melepaskan ikan paus kelasa yang tersangkut pada tali di Sydney Harbour, kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda