WASHINGTON, 17 FEB – Lagu sayu yang ‘dinyanyi’ oleh ikan paus humpback mungkin memberikan petanda kesunyian.
Ahli sains yang menjejaki paus humpback di Australia mendapati ikan paus kurang mengeluarkan bunyi ‘sayu’ untuk mencari pasangan apabila populasinya bertambah.
“Lagu ikan paus humpback adalah nyaring dan bergerak jauh di lautan,” kata ahli biologi marin Rebecca Dunlop, yang telah mengkaji ikan paus humpback mengawan berdekatan Terumbu Besar Sawar selama lebih dua dekad.
Ketika jumlah paus meningkat mendadak selepas berakhirnya pemburuan ikan paus komersial, beliau menemui sesuatu yang tidak dijangkakan.
“Kini semakin sukar untuk menemui ‘penyanyi’,” kata Dunlop, yang berpangkalan di Universiti Queensland di Brisbane.
“Apabila ikan paus berkurangan, terdapatnya banyak nyanyian – memandangkan terdapat banyak ikan paus sekarang, tidak timbulnya keperluan untuk paus ‘menyanyi’!”
Saintis pertama mendengar dan mengkaji lagu ikan paus humpback pada 1970, dengan bantuan mikrofon baharu di bawah air. Hanya paus jantan yang ‘menyanyi’, dan lagu dipercayai memainkan peranan dalam menarik pasangan dan menunjukkan dominasi.
Ketika bilangan paus meningkat, tingkah laku juga berubah. Sementara dua dalam 10 paus jantan ‘menyanyi’ pada 2004, nisbah tersebut merosot beberapa dekad kemudian kepada satu dalam 10, lapor Dunlop dan rakan sekerja dalam jurnal Biologi Komunikasi Alam Semula jadi. – AP


