Tuesday, April 23, 2024
25.8 C
Brunei

    -

    Paus terancam terdampar di pantai

    PASS CHRISTIAN, MISSISSIPPI, 9 JAN – Saintis sedang mengkaji bangkai seekor ikan paus terancam yang terdampar di Pantai Teluk Mississippi baru-baru ini.

    Penemuan yang jarang ditemui itu merupakan kali pertama paus sirip terdampar di Mississippi dan kali keempat sejak tahun 2002 paus sirip dilaporkan terdampar di Teluk Mexico, menurut WLOX-TV.

    Saintis dari Pertubuhan Bukan Kerajaan, Institut Kajian Mamalia Marin dan organisasi-organisasi lain akan menyelidik bangkai tersebut, yang terdampar di Pass Christian.

    Dr Moby Solangi, pengarah institut berkenaan, berkata kepada Gazebo Gazette, ikan paus tersebut adalah 9 meter panjang dan mempunyai berat kira-kira 6,800 kilogram.

    Ia mungkin telah ditolak ke pantai secara tidak sengaja oleh sebuah kapal.

    “Mamalia tersebut mungkin sedang sakit dan ia terperangkap dalam laluan kapal,” kata Solangi.

    Saintis akan menentukan punca kematian berdasarkan keputusan makmal yang belum dikeluarkan.

    Selepas populasi paus sirip menurun disebabkan pemburuan, spesies berkenaan telah diklasifikasikan sebagai terancam dan diberi perlindungan di bawah Akta Perlindungan Mamalia Marin. – AP

    Seekor paus sirip terdampar di Pantai Teluk Mississippi di Pass Christian, Mississippi, baru-baru ini. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...