Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pavard berhasrat mahu berpindah

    BERLIN, 31 MEI – Pemain pertahanan antarabangsa Perancis, Benjamin Pavard telah memberitahu bos di Bayern Munich bahawa dia mahu meninggalkan juara Bundesliga itu, menurut laporan media Jerman, kelmarin.

    Pavard, 27, memberitahu kelab bahawa dia tidak berhasrat untuk melanjutkan kontraknya melebihi penghujung musim akan datang, menurut akhbar harian Jerman Bild.

    Pemain pertahanan itu juga dikatakan telah memaklumkan kepada pengurusan Bayern mengenai keinginannya untuk berpindah ke kelab lain pada musim panas ini, lapor penyiar Sky. – AFP

    Aksi Benjamin Pavard (tengah)  semasa perlawanan bola sepak Bundesliga Jerman  di stadium Allianz Arena di Munich, Jerman, Sabtu, 20 Mei. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda