Saturday, March 15, 2025
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pavard mahu tinggalkan Bayern

    BERLIN, 31 MEI – Pemain pertahanan antarabangsa Perancis, Benjamin Pavard telah memberitahu pengurus Bayern Munich bahawa dia mahu meninggalkan juara Bundesliga itu, menurut laporan media Jerman, kelmarin.

    Pavard, 27, memberitahu kelab bahawa dia tidak berhasrat untuk melanjutkan kontraknya melangkaui penghujung musim akan datang, menurut akhbar harian Jerman Bild.

    Pemain pertahanan itu juga dikatakan telah memaklumkan kepada pengurusan Bayern mengenai keinginannya untuk berpindah ke kelab lain pada musim panas ini, lapor penyiar Sky.

    Pemain pertahanan versatil, Pavard telah menarik minat daripada beberapa buah kelab elit Eropah, termasuk juara Sepanyol Barcelona, seperti apa yang dilaporkan oleh Sky.

    Pavard memenangi Piala Dunia 2018 bersama Perancis di Rusia, menjaringkan gol menakjubkan dalam kemenangan 4-3 ke atas Argentina pada pusingan 16.

    Pemain Perancis itu menyertai Bayern pada musim berikutnya daripada saingan Jerman, Stuttgart, selepas tersingkir daripada Bundesliga pada 2019.

    Sejak itu Pavard telah membuat lebih 150 penampilan untuk kelab itu, memenangi Liga Juara-Juara 2019-20 bersama Bayern.

    Bayern Munich mengesahkan kejuaraan Bundesliga ke-11 berturut-turut mereka pada hujung minggu di penghujung kempen yang mengecewakan yang menyebabkan eksekutif kelab Oliver Kahn dan Hasan Salihamidzic kehilangan pekerjaan mereka. – AFP

    Reaksi Benjamin Pavard (tengah) selepas perlawanan bola sepak Bundesliga Jerman di Cologne, Jerman, Sabtu, 27 Mei. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda