SEOUL, 22 MAC – Barisan panjang kereta terbentuk di depan pawagam pandu lalu di Seoul, tatkala warga Korea Selatan mencari ruang yang lebih selamat untuk menonton wayang tanpa risiko dijangkiti koronavirus yang melanda seluruh dunia.
Pendapatan filem box office di Korea Selatan, yang mempunyai 8,897 kes virus yang disahkan, telah merosot dalam beberapa minggu ini disebabkan pandemik tersebut, dengan pihak berkuasa menggesa orang awam supaya mengelak perhimpunan.
Namun di pawagam pandu lalu di Park Dong-ju, penggemar filem boleh menonton wayang dari keselesaan kereta mereka, diletak di depan skrin yang besar di luar. – AFP