CHABAISH – Di kawasan Selatan Iraq, Firas Fadl cuba mengemudi perahunya dan melalui satu laluan anak sungai yang dipenuhi dengan kerbau-kerbau yang sedang mandi manda dan kawasan perkampungan terapung yang kelihatan sangat unik dan menarik malah kawasan itu dikenali sebagai rantau yang unik sekali di dunia khususnya di kawasan Timur Tengah yang sentiasa gersang.
Walaupun terkenal dengan keunikannya, namun kawasan paya ini sebenarnya cuba dibangunkan semula selepas sahaja kejatuhan kerajaan Sadam Hussein pada tahun 2003 apabila penduduk-penduduk kampung cuba merobohkan empangan yang telah dibina sepuluh tahun lebih awal dalam usaha mereka untuk mengosongkan kawasan itu dan sekali gus menghapuskan pemberontak Syiah. Namun sekarang, kawasan tanah lembap terbesar di Timur Tengah itu diancam oleh salah urus pihak kerajaan dengan projek-projek huluan yang baru.
Fadl yang berusia 26 tahun, masih terlalu muda untuk memperingati isu tentang kejatuhan dan kebangkitan kawasan itu namun dia telah melihat penurunan yang drastik sejak kebelakangan ini di kawasan ini khususnya apabila dia telah menghadapi kekurangan untuk mencari nafkah dengan memancing ikan di kawasan perairan di paya ini. Empayangan elektrik dan projek perairan telah mengurangkan aliran air tawar, membolehkan air masin dari Teluk Parsi meresap. “Keadaan sebenarnya masih baik namun keadaan air kelihatan sangat buruk. Sejak tahun 2012, airnya belum segar,” kata Fadl kepada wartawan media.
Kawasan pertanian dan saluran pembuangan sisa sebenarnya telah memusnahkan stok habitat perikanan dan memaksa sesetengah nelayan untuk menggunakan bateri kereta dan bahan-bahan kimia untuk mendapatkan ikan. Walaupun kelihatan kawasan ini mampu memberikan sumber rezeki yang banyak namun kawasan lembap ini masih dibelenggu dengan isu kemiskinan. Menghadapi kekurangan pilihan pekerjaan, beratus-ratus lelaki muda dari kawasan itu nekad untuk menyertai anggota tentera Iraq dalam usaha mereka menentang IS.
Tempat menyembunyikan diri
Dipenuhi dengan masyarakat Syiah sekali gus cuba menentang kerajaan Sadam Hussein yang mana dikuasai oleh masyarakat Sunni pada tahun 1991, para pemberontak yang mengalami kekalahan menentang Sadam, menyembunyikan diri di kawasan paya berkenaan. Namun pihak kerajaan ketika itu cuba menentang dan telah menutupi kawasan paya itu dengan menyalurkan tanah seluas 20,000 kilometer persegi, mengubah kawasan itu kepada padang pasir dan menyebabkan setengah juta penduduk kehilangan tempat tinggal.
![](http://mediapermata.com.bn/wp-content/uploads/2017/11/9-rubie_031117.jpg)
![](http://mediapermata.com.bn/wp-content/uploads/2017/11/3-rubie_031117.jpg)
Bekas seorang penyelidik Huma Rights Watch, Andrew Whitley telah menemu ramah beberapa orang mangsa yang selamat ketika itu dan telah menyifatkan tindakan itu sebagai satu pengalaman yang sangat pahit serta menganggapnya satu jenayah berskala besar terhadap manusia. “Penduduk Iraq ketika itu melalui zaman yang berliku dan seperti syurga yang hilang.
Sebenarnya paya ini terletak di kawasan sebuah wilayah di luar kawalan Saddam dan kawasan ini mempunyai sumber-sumber asli yang sangat bagus untuk keperluan para penduduk,” kata Fadel Duwaish yang berusia 84 tahun yang telah meninggalkan paya itu pada tahun 1990-an dan kembali semula ke situ pada tahun 2003. “Paya ini mengandungi banyak ikan, kekayaan penjanaan air kerbau, anda boleh menjadikan buluh sebagai kertas dan semua rumput adalah harta,” tambahnya kepada wartawan media.
Selepas sahaja pencerobohan yang diketuai oleh AS pada tahun 2003 untuk menggulingkan kerajaan Saddam, para penduduk merobohkan empangan tempatan dan membiarkan kawasan perairan kembali seperti yang lalu. Namun sehingga ke hari ini, kawasan paya ini mengalami satu lagi cabaran yang mendatang iaitu pembangunan moden.
![](http://mediapermata.com.bn/wp-content/uploads/2017/11/1-8p5-rubie_031117.jpg)
![](http://mediapermata.com.bn/wp-content/uploads/2017/11/4-rubie_031117.jpg)
Pengurangan aliran
Menurut satu laporan dari rumah Chatham pada tahun 2015, pembangunan sepanjang sungai-sungai Euphrates dan Tigris, terutamanya pembinaan empangan mega yang disebut di bawah Projek Anatolia Tenggara Turki, telah menyebabkan pengurangan aliran 40-45 peratus laluan air. Empangan ini juga menyekat lumpur serta menghalang ekosistem nutrien yang memberi kehidupan, menurut laporan pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Paya ini diisytiharkan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO pada tahun 2016 dan telah ada perbicaraan tentang memanfaatkan potensi pelancongan mereka. Selatan Iraq merupakan sebahagian besar kawasan Iraq yang terhindar dari keganasan yang telah meragut bahagian yang lain di negara berkenaan.
Namun pihak kerajaan pusat di negara itu telah lama mengabaikan rantau berkenaan dan penduduk mengadu tentang kekurangan tenaga elektrik dan perkhidmatan asas keperluan yang lain. 6,000 penduduk dianggarkan tinggal di kawasan paya tersebut dan bergantung sepenuhnya kepada penangkapan ikan dan pemeliharaan kerbau.
Malah kawasan paya ini merupakan lokasi yang baik untuk burung-burung migrasi seperti helang, cormorants dan pelican yang masih menjadikan kawasan paya ini sebagai lokasi perhentian mereka. Seorang penyelidik dan penasihat, Richard Porter berkata bahawa kehilangan tanah lembap ini akan menjadi satu tamparan yang besar khususnya kepada beberapa spesies burung migrasi.
“Bagi rantau ini, untuk terus bertahan, pihak kerajaan perlu mengatur lebih baik penggunaan air di negara yang gersang dan bekerjasama dengan kerajaan jiran untuk menghalang pembinaan lebih banyak empangan hulu di Turki dan juga Iran. Jika tidak dilakukan, itu akan mengakibatkan pemusnahan terhadap kawasan paya ini,” kata Jassim Al-Asadi mengakhiri temu ramah bersama media. – AP