PARIS, 30 JAN – Dimitry Payet berjaya jaringan menewaskan Dimitry Bertaud ketika Marseille raih kemenangan 5-4 ke atas Montpellier kelmarin dalam penentuan sepakan penalti untuk mara ke suku akhir Piala Perancis.
Payet dengan tenang membuat percubaan untuk memberikan kemenangan ke atas juara 10 kali Piala Perancis, Marseille, selepas perlawanan yang ditentukan melalui penentuan penalti setelah perlawanan waktu sebenar terikat seri 1-1 di Stade Veldorme.
Marseille mendahului perlawanan apabila penyerang dari Poland, Arkadiusz Milik membuat sepakan ke bahagian kanan jaring gawang berikutan dengan perebutan di dalam petak penalti pada minit ke-74. Ia adalah gol kelimanya dalam tiga perlawanan di kejuaraan tersebut dan menambah satu lagi gol di liga dalam 11 kali membuat kemunculannya.
Tetapi disebabkan pertahanan yang lemah telah membiarkan Montpellier menyamakan kedudukan apabila pemain pertahanan tengah, Duje Culeta-Car tidak dapat mengawal bola tinggi dan pemain penyerang berusia 19 tahun, Beni Makouana merampas bola tersebut di hadapannya untuk mengatasi penjaga gol, Pau Lopez.
Sepakan Payet telah terkena gawang, hasil daripada sepakan percuma di separuh masa pertama dan kemudian merembat beberapa percubaan, tetapi Bertaud melakukan beberapa aksi menyelamat.
Marseille tidak memenangi trofi sejak 1989 dan tewas dalam empat perlawanan akhir berulang kali.
Sementara itu, pasukan Versailles telah mengejutkan saingannya dengan 1-0 ke atas Toulouse. – AP
