Sunday, May 11, 2025
27.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    PayPal benar pembelian guna mata wang kripto

    SAN FRANCISCO, 31 MAC – PayPal semalam mula membenarkan penduduk di Amerika Syarikat (AS) menggunakan mata wang kripto untuk membuat pembelian daripada jutaan peniaga yang menggunakan platform kewangan itu untuk transaksi dalam talian.

    Syarikat bayaran itu telah pun membenarkan pengguna membeli, menjual atau menyimpan wang digital, tetapi ciri-ciri baharu Checkout with Crypto menyediakan satu opsyen untuk menggunakannya untuk pembelian.

    “Memandangkan penggunaan bayaran digital dan mata wang digital semakin berkembang pesat, pengenalan Checkout with Crypto meneruskan fokus pada penggunaan mata wang kripto,” kata ketua eksekutif PayPal, Dan Schulman dalam blog.

    “Membenarkan mata wang kripto membuat pembelian di perniagaan seluruh dunia merupakan bab seterusnya dalam penerimaan mata wang digital.” Peniaga dibayar dalam wang standard, dengan PayPal mengubah mata wang kripto kepada dolar AS untuk menyelesaikan transaksi pada masa jualan, menurut syarikat di Silicon Valley itu. Tesla pada minggu lalu mula menerima bitcoin sebagai mata wang untuk membeli kereta elektrik, menurut tweet oleh ketua eksekutif Elon Musk.

    “Anda kini boleh membeli sebuah Tesla dengan bitcoin,” kata Musk di Twitter, melaksanakan satu pelan yang diumumkan pada Februari untuk menerima mata wang kripto sebagai sejenis bayaran. – AFP

    Gambar fail menunjukkan logo syarikat bayaran dalam talian PayPal digambarkan semasa acara LeWeb 2013 di Saint-Denis di Paris. PayPal membenarkan warga AS menggunakan mata wang kripto untuk membuat pembelian. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda