Saturday, May 10, 2025
28.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    PB anjur Majlis Doa Kesyukuran

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 FEB – Politeknik Brunei (PB), hari ini, telah mengadakan Majlis Doa Kesyukuran sempena Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam yang berlangsung di Kampus Utama, Jalan Ong Sum Ping.

    Majlis tersebut telah dihadiri oleh Ketua Bahagian Pengajian Am PB, Haji Jaafar bin Haji Johari. Turut hadir ialah para pegawai, pensyarah, kakitangan serta pelajar-pelajar PB.

    Pada majlis itu, bacaan Doa Kesyukuran telah diketuai oleh Haji Mohd Alisanusi bin Haji Salim.

    Majlis itu adalah sebagai salah satu aktiviti tahunan PB ke arah meningkatkan lagi semangat patriotik cintakan tanah air. Majlis Doa Kesyukuran diadakan bagi memohon ke hadrat Allah SWT agar Negara Brunei Darussalam, raja, rakyat dan penduduk akan terus dikurniakan keberkatan dan sentiasa terpelihara dan diberkati oleh Allah SWT di bawah kepimpinan bijaksana Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

    Ia juga dihasratkan supaya dikabulkan segala hajat Baginda dalam memerintah Brunei Darussalam ke arah kemakmuran, keamanan, kesejahteraan dan kemajuan serta sebagai satu usaha dalam merealisasikan wawasan Negara Brunei Darussalam sebagai Negara Zikir dan seterusnya menyuntik semangat untuk bergiat aktif dalam apa jua aktiviti pembangunan negara, salah satunya melalui acara keagamaan.

    Antara yang hadir pada Majlis Doa Kesyukuran Politeknik Brunei (PB) yang berlangsung di Kampus Utama PB, Jalan Ong Sum Ping. -Gambar serahan PB
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda