Friday, January 24, 2025
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    PB anjur seminar keselamatan, kesihatan

    Oleh Nurdiyanah R. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 JAN – Politeknik Brunei (PB), melalui Sekolah Petrokimia, baru-baru ini telah menganjurkan seminar bertajuk Workplace Safety and Health Legislation in Brunei Darussalam – Oil and Gas Industries bertempat di Teater Kuliah, PB Kampus Lumut.

    Seminar tersebut menghimpunkan seramai 84 pelajar dari institusi berkenaan dan menampilkan penceramah pakar daripada Autoriti Kebangsaan Keselamatan, Kesihatan dan Alam Sekitar (SHENA), badan berkuasa utama Brunei yang bertanggungjawab ke atas keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.

    Semasa seminar, para penceramah berkongsi kepakaran mereka mengenai Perintah Keselamatan dan Kesihatan Tempat Kerja, 2009, dengan mengetengahkan strategi praktikal untuk memastikan pematuhan terhadap peraturan keselamatan. Mereka turut menghuraikan amalan terbaik bagi memupuk budaya keselamatan di tempat kerja industri, khususnya dalam sektor minyak dan gas.

    Seminar tersebut bertujuan memberikan pelajar pengetahuan komprehensif mengenai penguatkuasaan undang-undang keselamatan dan kesihatan di tempat kerja, terutama sekali dalam industri minyak dan gas.

    Selain itu, ia juga mendidik peserta tentang kepentingan mengadaptasi amalan terbaik industri untuk keselamatan dan kesihatan, dengan penekanan kepada Rangka Kerja Kesihatan, Sekuriti, Keselamatan dan Alam Sekitar (HSSE).

    Bagi meningkatkan penglibatan peserta, seminar turut menggabungkan aktiviti interaktif yang membolehkan pelajar menggunakan pengetahuan mereka kepada senario dunia sebenar.

    Seminar bertajuk Workplace Safety and Health Legislation in Brunei Darussalam – Oil and Gas Industries. – GAMBAR SERAHAN POLITEKNIK BRUNEI
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda