Thursday, May 8, 2025
31.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    PBB: 11 juta mangsa kemarau perlu makanan segera

    PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU, 12 April – Seramai 11 juta orang yang dilanda kemarau teruk di Etiopia, Kenya dan Somalia sangat memerlukan bantuan makanan, Tabung Darurat Kanak-kanak PBB (UNICEF) dan Program Makanan Sedunia (WFP) berkata hari ini.

    “Di Horn of Africa, kemarau teruk telah memberi kesan kepada tiga negara, terutamanya, Somalia, Kenya dan Etiopia dan di ketiga-tiga negara kita melihat bahawa 11 juta orang memerlukan bantuan segera,” kata Pengarah Serantau WFP untuk Timur dan Tengah Afrika, Valerie Guarnieri kepada pemberita di UNICEF House, di seberang ibu pejabat di New York.

    Beliau menambah bahawa sebahagian mereka berada dalam keadaan kebuluran yang menjejaskan 100,000 orang, termasuk 20,000 kanak-kanak, dalam dua daerah-daerah yang dilanda konflik Selatan Sudan.

    “Selatan Sudah tidak terjejas secara langsung dengan kemarau kecuali sedikit, tetapi kita mempunyai krisis besar-besaran di Selatan Sudan, yang sudah berlangsung dalam tempoh lama, tatkala perang saudara meletus pada bulan Disember 2013,” kata Guarnieri.

    Pengarah serantau UNICEF untuk Timur dan Selatan Afrika, Leila Pakkala yang menjadi tuan rumah taklimat itu, berkata kajian awal di Somalia menunjukkan peningkatan jumlah kanak-kanak yang menghidap taun atau akut cirit-birit berair (AWD).

    “Kita mengetahui bahawa kanak-kanak tidak akan mati hanya kerana kekurangan makanan,” katanya. “Mereka mati kerana mereka minum air yang tercemar.

    “Mereka terlepas untuk vaksinasi mereka. Mereka tidak mempunyai akses kepada penjagaan kesihatan dan mereka lebih terdedah kepada penyakit seperti campak, malaria, cirit-birit dan seperti yang kita lihat, taun.”

    Menurutnya, lebih daripada 440,000 orang telah dipindahkan di Somalia sejak November 2016, sambil menambah kepada 1.1 juta yang sedia ada sudah dipindahkan. – Xinhua

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda