Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    PBB: 12.3 juta kanak-kanak Syria perlu bantuan

    BEIRUT, 8 MEI – Lebih ramai kanak-kanak Syria memerlukan bantuan sejak perang saudara yang tercetus lebih sedekad lalu, tetapi bantuan untuk mereka kini ‘berkurangan’, Pertubuhan Bangsa-bangsa (PBB) hari ini berkata.

    “Kanak-kanak Syria menderita terlalu lama dan mereka tidak sepatutnya merasai penderitaan,” kata agensi kanak-kanak PBB dalam kenyataan, memberitahu bahawa kira-kira 12.3 juta orang kanak-kanak memerlukan bantuan di dalam dan luar negara serta di wilayah di mana mereka melarikan diri.

    “Lebih 6.5 juta kanak-kanak Syria memerlukan bantuan, jumlah paling tinggi pernah direkodkan sejak bermulanya krisis, lebih 11 tahun yang lalu,” tambah kenyataan.

    Perang di Syria dianggarkan telah membunuh setengah juta orang dan menyebabkan jutaan yang lain kehilangan tempat tinggal sejak ia bermula dengan tindakan keras kerajaan terhadap pembantah anti kerajaan pada 2011.

    “Kanak-kanak yang memerlukan, dari Syria dan negara-negara sekeliling, semakin bertambah,” kata Adele Khodr, Ketua UNICEF Timur Tengah.

    “Ramai keluarga yang bergelut untuk mencari makanan. Harga keperluan asas termasuk makanan melambung tinggi, sebahagiannya disebabkan oleh krisis di Ukraine.”

    Kanak-kanak adalah golongan paling terdedah dan PBB memberi amaran bahawa golongan tersebut terpaksa menanggung kesan buruk.

    UNICEF turut memberitahu bahawa mereka berdepan kekurangan dana untuk memberikan bantuan. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...