Sabtu, 22 November 2025
23.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    PBB anjur ‘Climate Ambition Summit’ Sept 2023

    NEW YORK, 20 DIS – Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres kelmarin mengumumkan bahawa beliau akan menganjurkan ‘Climate Ambition Summit’ pada September 2023.

    Bercakap pada sidang media akhir tahunnya, beliau memberi amaran bahawa dunia masih gagal memerangi perubahan iklim, lapor agensi Anadolu.

    “Matlamat 1.5 darjah Celsius (°C) masih samar. Pelan iklim negara semakin berkurangan,” katanya sambil merujuk kepada matlamat mengehadkan pemanasan global kepada 1.5°C.

    Guterres berkata beliau akan terus mendesak pakatan perpaduan iklim melakukan usaha tambahan untuk mengurangkan pelepasan karbon selaras dengan matlamat 1.5°C dan memastikan sokongan diberikan bagi mereka yang memerlukannya.

    Beliau turut menyeru kerajaan, ahli perniagaan, bandar dan masyarakat sivil untuk meningkatkan usaha mereka.

    Perjanjian Iklim Paris yang dicapai pada 2015 bertujuan untuk mengehadkan pemanasan global di bawah 2°C, sebolehnya mencecah 1.5°C menjelang akhir abad ini.

    Inisiatif berkenaan bertujuan memerangi perubahan iklim dan menggesa negara-negara untuk mengurangkan separuh pelepasan karbon mereka menjelang 2030 dan mencapai sifar bersih menjelang 2050. – Bernama

    Antonio Guterres menyampaikan ucapan semasa sidang media akhir tahun di Ibu Pejabat PBB di Bandar New York pada 19 Disember 2022. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda