Thursday, April 25, 2024
27.9 C
Brunei

    -

    PBB anjur mesyuarat mengenai Ukraine

    WASHINGTON, 10 MEI – Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dijangka mengadakan mesyuarat awam Khamis ini, berhubung perang di Ukraine berikutan keadaan kemanusiaan yang semakin memburuk.

    Sesi yang diminta oleh Perancis dan Mexico adalah yang ke-16 diadakan oleh Majlis Keselamatan sejak pencerobohan Russia pada 24 Februari lalu, sebagai usaha negara Barat mengekalkan sekatan ke atas Moscow, yang adalah anggota tetap majlis berkenaan, dan mempunyai kuasa menghalang sebarang langkah yang tidak dipersetujuinya.

    Perancis dan Mexico meminta taklimat daripada Jabatan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) PBB dan Tabung Kanak-kanak PBB (UNICEF). Mesyuarat itu diadakan selepas pengeboman hujung minggu di sebuah sekolah di timur Ukraine, di mana 60 orang awam terbunuh, menurut Kyiv. Ia akan diadakan pada hari sama sesi luar biasa Geneva Majlis Hak Asasi Manusia PBB, yang diminta oleh Ukraine mengenai kemerosotan keadaan hak asasi manusia di negara itu.

    Mesyuarat Majlis Keselamatan baharu itu akan mengangkat kenyataan sebulat suara yang dimulakan oleh Norway dan Mexico, bagi memberi sokongan kuat kepada Setiausaha Agung PBB dalam pencariannya untuk penyelesaian aman kepada konflik itu. Ia adalah demonstrasi pertama perpaduan sejak pencerobohan bermula yang mendapat sokongan Moscow, yang sehingga kini menghalang inisiatif Majlis Keselamatan. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...