Thursday, December 26, 2024
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    PBB, Bank Dunia rayu sekolah terus dibuka

    NEW YORK, 29 OKT – Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Bank Dunia dalam satu laporan baharu semalam, merayu agar sekolah kekal dibuka walaupun dunia berdepan ancaman wabak COVID-19.

    Pihak terbabit sekali gus menekankan kesan teruk akibat pandemik itu terhadap pendidikan kanak-kanak, terutamanya di negara miskin.

    Menurut laporan itu, kanak-kanak di negara miskin tidak memperoleh sebarang akses pendidikan selama hampir empat bulan sejak penularan COVID-19, awal tahun ini.

    Kanak-kanak di negara maju yang dapat mengakses pembelajaran mudah alih pula kehilangan pendidikan selama enam minggu.

    Ketua Pendidikan Tabung Kanak-Kanak PBB (UNICEF), Robert Jenkins, berkata keutamaan untuk pembukaan semula sekolah dan mengejar pembelajaran yang ketinggalan, adalah begitu kritikal.

    “Kita tidak perlu melihat jauh untuk menyaksikan kemusnahan terhadap pembelajaran kanak-kanak di seluruh dunia akibat pandemik ini,” katanya dalam satu kenyataan. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda