BANGKOK, 28 MEI – Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan membantu negara-negara membangun menangani cabaran yang dihadapi sektor perdagangan dan pengangkutan di tengah-tengah penularan pandemik COVID-19.
Dalam satu kenyataan, Suruhanjaya Ekonomi dan Sosial Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu untuk Asia dan Pasifik (UNESCAP) berkata inisiatif itu akan memastikan sempadan dan rangkaian pengangkutan tetap beroperasi di sam-ping memudahkan aliran pengangkutan barang serta perkhidmatan. – Bernama