Thursday, April 18, 2024
34.4 C
Brunei

    -

    PBB: Bantu negara tangani krisis hutang

    DOHA, 5 MAC – Seorang pegawai kanan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran bahawa langkah ‘terdesak’ diperlukan untuk membantu 52 negara menangani masalah pembayaran balik hutang yang meletakkan beberapa negara berdepan risiko gagal membayar hutang tersebut.

    Achim Steiner, ketua Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNDP), memberitahu AFP 25 daripada 52 negara telah membelanjakan lebih satu perlima daripada pendapatan kerajaan untuk membayar hutang luar negara.

    “Situasi yang dihadapi negara membangun sekarang apabila membabitkan hutang negara adalah amat serius,” kata Steiner dalam temu bual mengenai isu sampingan sidang kemuncak Negara Paling Mundur (LDCs) di Doha semalam.

    Agensi PBB menganggarkan ’52 negara sama ada menghadapi krisis hutang atau hampir-hampir mengalami krisis hutang dan potensi gagal membayar hutang tersebut, katanya.

    Steiner tidak menamakan negara mana yang terbabit tetapi UNDP pada minggu lalu mengeluarkan satu laporan yang menggesa penghapusan 30 peratus daripada hutang luar untuk 52 negara berdasarkan nilai 2021.

    52 negara tersebut termasuk Argentina, Lubnan dan Ukraine selain 23 negara dari Afrika Sahara, 10 dari Latin Amerika dan Caribbean, dan lapan dari Asia Timur dan Pasifik.

    Steiner berkata ‘pasaran kewangan tidak memberikan perhatian yang cukup’ memandangkan 52 negara menyumbang hanya tiga peratus daripada hutang luar negara global, tetapi satu perenam daripada populasi dunia.’

    “Oleh itu, kami telah menggesa langkah terdesak untuk menyuntik kecairan sementara juga menyusun semula hutang, kalau tidak kami mungkin melihat negara demi negara mengalami krisis hutang.” – AFP

    Achim Steiner memberi amaran bahawa langkah ‘terdesak’ diperlukan untuk membantu 52 negara menangani masalah pembayaran balik hutang yang meletakkan beberapa negara berdepan risiko gagal membayar hutang tersebut. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Utusan AS ke PBB berikrar sokong keluarga Jepun yang diculik Korea...

    TOKYO, 18 APRIL - Amerika Syarikat (AS) berdiri bersama Jepun sehingga semua warga Jepun yang diculik oleh Korea Utara beberapa dekad lalu pulang ke...