Thursday, December 26, 2024
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    PBB buat resolusi perang kali ke-5

    WASHINGTON, 15 NOV – Selepas empat percubaan gagal, Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sedang berusaha buat kali kelima untuk membuat resolusi mengenai perang Israel-Hamas.

    Draf semasa rundingan akan menuntut “penangguhan bagi bantuan kemanusiaan dilanjutkan dengan segera” di seluruh Semenanjung Gaza untuk menyediakan orang awam dengan bantuan.

    Ia juga meminta ‘semua pihak’ mematuhi undang-undang kemanusiaan antarabangsa yang memerlukan perlindungan untuk orang awam, menyeru perlindungan khas untuk kanak-kanak, dan mengharamkan mengambil tebusan.

    Tetapi draf itu, yang dicadangkan oleh ahli majlis Malta dan diperoleh kelmarin oleh The Associated Press, tidak menyebut tentang gencatan senjata. Ia juga tidak merujuk kepada serangan mengejut Hamas ke atas Israel pada 7 Oktober yang mengorbankan kira-kira 1,200 orang dan menjadikan kira-kira 240 yang lain sebagai tebusan.

    Ia juga tidak memetik serangan udara Israel dan serangan darat di Gaza yang diperintah Hamas, yang menurut kementerian kesihatan Gaza telah membunuh lebih daripada 11,000 orang rakyat Palestin, dua pertiga daripada mereka wanita dan kanak-kanak.

    Majlis yang terdiri dari 15 buah anggota itu mempunyai tanggungjawab untuk mengekalkan keamanan dan keselamatan antarabangsa yang telah lumpuh sejak perang bermula daripada bahagian dalamannya.

    Ini terutamanya berlaku antara China dan Rusia, yang mahukan gencatan senjata segera, dan Amerika Syarikat, sekutu terdekat Israel yang meminta penangguhan kemanusiaan tetapi membantah sebarang sebutan mengenai gencatan senjata. – AP

    Rakyat Palestin mencari mangsa yang masih hidup akibat serangan Israel di perkhemahan pelarian Jebaliya, Semenanjung Gaza pada 14 November 2023. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda