Friday, April 26, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    PBB: Colombia cabul hak Nicaragua

    THE HAGUE, BELANDA, 21 APRIL – Mahkamah tertinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) memutuskan hari ini bahawa Colombia mencabul hak Nicaragua di perairan Laut Caribbean, termasuk menghalang kapal nelayan Nicaragua dan meluluskan permit penangkapan ikan untuk nelayan Nicaragua dan bot lain.

    Keputusan majoriti Mahkamah Keadilan Antarabangsa memberikan Nicaragua kemenangan dalam prosiding itu, walaupun ia mungkin tidak menamatkan sepenuhnya perbalahan di antara kedua-dua negara Latin Amerika itu.

    Nicaragua memfailkan kes pada 2013, mendakwa Colombia mencabul kedaulatannya di Caribbean Barat, rantau laut yang lama dituntut oleh kedua-dua negara yang menjadi tempat tinggal kepada taman simpanan UNESCO yang dihuni puluhan spesies terancam.

    Dalam undi 9 berbanding 6, mahkamah dunia itu memutuskan Colombia ‘mesti menghentikan perbuatan berkenaan,’ kata Presden ICJ Jean E. Donoghue semasa keputusan dibacakan.

    Hakim mengundi 10-5 untuk memutuskan Colombia mencabul hak Nicaragua ‘dengan campur tangan dalam aktiviti perikanan dan penyelidikan saintifik marin’ rakyat atau kapal Nicaragua dan juga aktiviti tentera laut dengan menguatkuasakan langkah pemuliharaan di perairan Nicaragua.

    Colombia berkata keputusan itu mempunyai kesan positif untuk Bogota, meskipun mengenakan had ke atas aktiviti tentera lautnya. – AP

    Pemandangan luar Mahkamah Keadilan Antarabangsa atau Mahkamah Dunia di The Hague, Belanda. Mahkamah PBB memutuskan kelmarin Colombia mencabul hak Nicaragua di perairan Caribbean. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...