Wednesday, May 14, 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    PBB, Cuba buat usul akhiri sekatan

    PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU, 31 Okt – Cuba sekali lagi akan membawa usul menarik balik sekatan Amerika Syarikat (AS) ke atas negara itu di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) pada 31 Oktober.

    Sepanjang tahun lepas, Cuba kerugian AS$4 bilion berikutan sekatan yang dikenakan sejak 1960.

    Sekatan pertama kali dikenakan di bawah Pentadbiran Kennedy pada 7 Februari 1962, dalam usaha menggulingkan Revolusi Cuba Fidel Castro.

    Kenyataan Pertubuhan Kesihatan Sedunia dan Organisasi Kesihatan Pan Amerika mengatakan,” Dasar itu memberi kesan kepada pembangunan dan kesihatan rakyat Cuba.”

    Selama 26 tahun berturut-turut, PBB menolak sebulat suara dasar sekatan AS terhadap Cuba di perhimpunan agung tetapi digagalkan dengan kuasa veto AS dan negara sekutunya.

    Sebaliknya, Presiden Donald Trump mengenakan sekatan lebih ketat ke atas Cuba termasuk yang menyasarkan sektor pertanian, teknologi dan pelancongan.

    Laporan Kementerian Luar Cuba pada Ogos mendedahkan “sistem sekatan sepihak yang berpanjangan itu adalah paling teruk dan tidak adil dikenakan ke atas mana-mana negara.”

    Sekatan tersebut telah menjadi halangan utama kepada semua pembangunan ekonomi Cuba serta kemajuan AS dalam hubungan antarabangsa, komersial dan ekonomi dengan negara itu.

    AS telah kehilangan hampir semua sokongan antarabangsa sejak kejatuhan Kesatuan Soviet. – Bernama-NNN

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda