Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    PBB dikhuatiri hilang sokongan

    PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU (PBB), AS, 30 Mac – Ketua politik PBB yang akan menamatkan tempoh jawatannya dalam mesej perpisahan melahirkan rasa bimbang semalam bahawa PBB kehilangan semakin hilang sokongan daripada banyak negara.

    Jeffrey Feltman, warga Amerika yang telah berkhidmat sebagai penolong setiausaha agung bagi hal ehwal politik sejak 2012, berkata ‘agak membimbangkan’ bahawa para pemimpin mempersoalkan nilai PBB.

    Feltman berkata, “Saya berundur dengan satu kebimbangan, namun kita masih mempunyai kepimpinan cemerlang yang kita ada, dan kita mengekalkan sokongan negara anggota.”

    “Namun wujud pertambahan bilangan pemimpin dan negara-negara yang mempersoalkan sama ada sistem multinasional yang kita pegang adalah cara betul ke hadapan,” ujarnya lagi.

    Kenyataannya sebahagiannya ditujukan kepada AS yang mana presidennya Donald Trump telah memutuskan dana kepada badan dunia itu dan penasihat keselamatan kebangsaan yang baharu, John Bolton telah melahirkan keraguan dengan kerja PBB.

    Feltman menggambarkan PBB sebagai ‘penambah kekuatan’ dalam menangani isu-isu yang termasuklah pengganasan dan perubahan iklim yang membimbangkan kepentingan kebangsaan AS dan di negara-negara lain.

    “Kita perlu menunjukkan kita boleh efektif,” ujarnya dalam sidang media perpisahan.

    Feltman, yang mengawasi usaha PBB untuk menamatkan konflik di seluruh dunia, berkata Syria ‘masih contoh paling tragik kegagalan masyarakat antarabangsa untuk menangani keamanan dan keselamatan, kemanusiaan dan kemusnahan hak asasi kemanusiaan.” – AFP

    Kata Kunci

    Popular

    Asia Pasifik

    Hutan Hyrcanian UNESCO terbakar, Iran rayu bantuan antarabangsa

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    Angka korban gempa bumi di Bangladesh meningkat kepada 10

    Berita Berkaitan

    Hutan Hyrcanian UNESCO terbakar, Iran rayu bantuan antarabangsa

    TEHRAN, 23 NOV - Iran telah meminta bantuan luar...

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    TOKYO, 23 NOV - Walaupun gagal menempah slot ke...

    Angka korban gempa bumi di Bangladesh meningkat kepada 10

    DHAKA, 23 NOV - Dua gegaran kecil melanda Bangladesh...

    WHO isytihar wabak polio di Indonesia berakhir

    JAKARTA, 23 NOV - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah...

    Terkini