Friday, May 9, 2025
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    PBB gesa AS$2.4 bilion untuk bantu Yaman atasi COVID-19

    PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU, 29 MEI – Ketua kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) segera merayu AS$2.4 bilion untuk membantu berjuta-juta penduduk di Yaman untuk mengatasi konflik dan COVID-19, mengatakan program bantuan dipotong dan situasi ‘membimbangkan’.

    Mark Lowcock memberitahu taklimat PBB kelmarin bahawa PBB menerima AS$3.2 bilion tahun lalu untuk Yaman kerana negara di rantau itu – termasuk Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu yang terlibat dalam konflik – banyak membantunya.

    Tahun ini, PBB merayu bagi kira-kira AS$3.4 bilion tetapi Rabu lalu mereka hanya menerima AS$516.6 juta, hanya lebih dari 15 peratus. Arab Saudi berikrar menyumbangkan AS$525 juta awal bulan April dan Lowcock berharap wang itu akan diserahkan secara tunai segera. Lowcock berkata dia akan mempersoalkan wakil tertinggi di satu persidangan akan datang – “Adakah dunia sudah bersedia untuk melihat Yaman musnah?.” – AFP

    Penduduk mengali kubur di perkuburan Rawdan di Aden, Yaman ketika kematian akibat jangkitan COVID-19 meningkat di Yaman. Ketua kemanusiaan PBB segera merayu bantuan kewangan untuk penduduk Yaman mengatasi bagi konflik dan COVID-19. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda