Friday, May 9, 2025
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    PBB gesa junta batal pelaksanaan hukuman mati

    GENEVA/MYANMAR, 14 JUN – Ketua hak asasi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), hari ni berkata bahawa Junta Myanmar berkemungkinan melakukan jenayah terhadap kemanusiaan dan menggesa pihak berkuasa menghentikan pelaksanaan hukuman mati yang dirancang, termasuk aktivis-aktivis demokrasi terkemuka.

    Tentera Myanmar merampas kuasa pada 1 Februari tahun lalu, menyingkirkan kerajaan awam dan menangkap pemimpin de facto, Aung San Suu Kyi. Sejak itu, junta telah melancarkan tindakan keras berdarah ke atas penentang.

    Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Hak Asasi Manusia, Michelle Bachelet memberi amaran bahawa meneruskan pelaksanaan hukuman mati pertama negara itu sejak 1990 akan “mencabuli hak kepada kehidupan”.

    “Saya segera menyeru pihak ber-kuasa tentera untuk tidak mengambil langkah regresif sedemikian,” beliau memberitahu Majlis Hak Asasi Manusia PBB.

    Junta Myanmar bulan ini telah menyatakan bahawa ia akan melaksanakan hukuman mati terhadap seorang bekas penggubal perundangan dari parti Suu Kyi dan seorang aktivis demokrasi terkemuka, kedua-dua disabit atas kesalahan pengganasan.

    Mereka adalah antara berpuluh-puluh orang yang telah dijatuhi hukuman mati sebagai sebahagian daripada tindakan keras junta. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda