Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    PBB gesa Lubnan tubuh kerajaan ‘inklusif’

    WASHINGTON, 17 MEI – Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres, menggesa Lubnan mewujudkan ‘kerajaan inklusif’ bagi menangani krisis ekonomi negara itu.

    Guterres membuat cadangan itu sebaik saja negara itu selesai mengadakan pilihan raya pada hujung minggu lalu.

    Beliau mengharapkan pembentukan segera kerajaan yang inklusif bagi memuktamadkan perjanjian dengan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan memacu pelaksanaan reformasi yang diperlukan untuk meletakkan Lubnan di laluan pemulihan.

    Ketua PBB itu turut menggesa Parlimen negara berkenaan untuk mengangkat semua undang-undang yang diperlukan bagi menstabilkan ekonomi serta memperbaiki pentadbiran negara.

    Beliau turut memberi penekanan kepada ketua politik Lubnan untuk bekerjasama bagi kepentingan terbaik negara itu dan rakyatnya.

    Berdasarkan keputusan separa yang dikeluarkan semalam, gerakan bersenjata pro-Iran, Hizbullah, berdepan halangan menentang pembangkang dan calon bebas.

    Peratusan rakyat keluar mengundi di kawasan didominasi oleh Sunni adalah rendah, yang ditadbir oleh sistem politik berdasarkan perkongsian kuasa komunal. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...